Saturday, 5 March 2011

sewaktu kejadian itu

surat pertukaran yang amat dinanti-nantikan sudahpun selamat tiba di kaunter. Bermacam-macam perasaan yang bercampur aduk aku rasakan.
Kenapa mesti sekarang? Kenapa perasaan semacam yang tidak menyeronokkan ini aku alami.Bukankah ini yang aku tunggu-tunggu sejak dari awal aku ditempatkan di bandar ini?

Pelik bukan?Ataupun sememangnya manusia memang sebegini. Cepat berubah fikiran, cepat berubah hati. Namun yang pasti aku menjadi sangat tidak keruan.
Sepatutnya aku gembira, suka hati yang amat kerana doaku makbul. Hasratku telah tercapai.Dan pastinya salah satu impian untuk tahun 2011 ku jua akan tercapai, dengan izinNya.

3 bulan selepas aku memohon bertukar, dan apabila keputusannya positif aku merasakan segala-galanya sudah tidak seronok lagi.Saat macam-macam dalam kepala fikiran. Namun aku tetap hadapi, yelah tidak boleh tidak sudah tersurat sebegini perjalanan hidupku.

Saat aku nampak bunga-bunga dah nak berputik, saat perhubungan semakin kukuh.saat aku merasakan hidupku sudah selesa bebas ke sana sini dan bebas menentukan kehidupan. ini jua lah yang aku pahatkan dalam ingatan. Aku harus menerima segala takdir yang telah ditentukan kerana pasti ada yang lebih baik menanti di depan. Insyaallah.

kejadian tu masa end of 2010.

No comments:

Post a Comment