Saturday 26 March 2011

Aku benci ....

Aku benci bila tiba-tiba dipaksa menurut kemahuan orang lain demi memuaskan hati mereka
Aku benci bila ada oran bodoh berlagak pandai
Aku benci bila orang mempertikaikan keputusanku dalam menentukan masa depanku
Aku benci bila ada manusia2 menyibuk mengenai perihal personalku
Aku benci melihat hipokritnya manusia
Aku benci bila mereka cepat menuduh
Aku benci bila dia tidak bersungguh-sungguh



Aik..semua aku benci ni..abistu ape y sukenya?hahahha

Monday 14 March 2011

FB

Kebelakangan ini aku rase majoriti masyarakat dunia dah terikat dengan laman sosial portal FACEBOOK.
Ramai orang sudah ketagihan untuk menaip status waima nak gi mandi or ke toilet mahupun nak makan.
yg tgh korek idung pun ade ye yang letak.Bukan isu itu yang ingin saya ketengahkan dalam entry kali ini.
Saya lebih gemar menyentuh perihal suami-suami orang dan juga isteri-isteri orang(takkan isteri kambing plak kan)

Golongan suami2 dan isteri2 orang ni sangat gemar membalas komen rakan2 dengan menjurus kepada unsur2 seksual dan ini pada pandangan saya sangat  mengganggu ketenteraman orang2 lain yg dalam list fren mereka2 ini. Ada sahaja idea2 mereka ini untuk menarik topik berkenaan ke lembah 18SX itu.Golongan suami orang dan isteri orang ini kadang2 berlumba2 nak menunjukkan keterbukaan mereka dalam membuat gurauan bercerita perihal dalam kain mereka.

Saya amat pasti pasangan masing2 langsung tidak mengetahui perkara ini. kalau tahu alamatnya lain cerita dan mungkin kalau suami2 dayus mereka dan isteri2 cucuk hidung mereka ini juga sporting habis. untuk yang beragama islam kembalilah pada hadith dan ayat2 quran di mana setiap apa yang berlaku dalam kehidupan rumah dan tangga mereka adalah berdosa diceritakan kepada orang lain.

Saya bukanlah nak menjadi ustazah di sini. tapi saya sangat jengkel dengan keadaan sebegini,. ye mungkin isteri2 orang dan suami2 orang ini tidak mengenali satu sama lain secara berdepan dan hanyalah mutual fren di alam saiber, namun perkara2 yang tidak patut sebegini haruslah dielakkan.
kerana secara tidak langsung ia mencabar maruah anda sebagai seorang muslim.
wallahualam

Saturday 12 March 2011

buntu

bagaimana dengan perhubungan anda? dengan keluarga terdekat, dengan keluarga jauh , dengan kawan2 dan dengan yang tersayang. adakah anda sanggup melakukan apa sahaja demi menjaga hati mereka yang penting dalam kehidupan anda sekalian?

amik ko.boleh jawap tak?

Dengan keluarga terdekat selalunya kita tidak banyak berkira dan sanggup bersusah payah demi memenuhi segala keperluan dan permintaan mereka.Sampai kadang2 hati kita sendiri pun terluka dan terkoyak sampai tak boleh nak jahit balik dah. ade jugak sesetengah kita sanggup melukakan hati saudara terdekat ni kerana terlalu mengikut kata kekasih hati..kalau tak, idak la kite baca sokkabar ade citer pompuan2 yg kunon rakyat mesia ni duk tercongok kat Lombok sana mintak bantuan suh bawak balik mereka2 ni..
masa pegi honeymoon dulu idak plak meke pikior susah ke senang ke..asal cinta punye pasal..maklumlah masa tu cinta je buat depa2 ni kenyang n sanggup berhimpit2 naik tongkang.bile dah beranak pinak 3-4 org baru tersedar (mebi jampi serapah dah x berkesan ..kesan drpd beranak kot) br hegeh kontek kedutaan la wartawan la..buat abis duit kerajaan je..masa pegi dulu pandai lak kumpul duit belanja sekolah yg ayah bg.mcm2 budak2 zaman skang ni.


sebenarnya bukan itu pun agenda sebenar entry ni..cume terfikir hubungan saya dengan dia yang bermula bulan puasa tahun 2009. dimana kesudahannya? sudah lama dia meminta agar dinaiktaraf hubungan kami ni.tapi saya terus-terusan menolak. x sedia gamaknya.yelah umor makin byk .saya makin tua. tapi saya fikir mcm2 masalah akan timbul di masa depan.dengan harapan dia jumpa orang lain.(kijam betoi). tapi dia masih lagi setia macam tu.

sanggup ke esok2 saya hadapi hidup mcm tu..dengan dia sgt kuat bekerja n selalu outsstesen jauh2 plak tu. haruslah kalo kawen nanti PJJ..sanggup ke saya? saya x nak fikir lagi. tapi sejak semalam saya macam wajib fikir bila mana keluarga terdekat dah kuarkan fatwa yg si dia sgt slow nak bertindak(sebenarnya salah saya yg sekat segala macam laluan tu). dan diorg dah hulurkan calon lain..

saya bukanlah desperate nak berlaki.tapi kenampakannya keluarga terdekat saya telah menjadi sangat desperate. saya seorang yang sangat mudah dan sangat tak berperasaan dalam hal memutuskan perhubungan centa sayang saya.Tapi saya juga seorang yang sangat malas dan benci nak memulakan satu hubungan.dalam erti kata lain, saya bosan berkenalan. saya tidak gemar nak introducekan diri sendiri .saya sangat failed bab itu. dan saya kalo dah set dlm kepala saya x suke.baik cenggane pon org tu tetap dipandang dengan jelingan mata dan beserta sumpah seranah dalam hati.makin kronik bile keluarga terdekat bilang, dia keje satu kawasan lingkungan opis saya saje. tolong. saya tak mahu tergedix2 bercerita pada si dia yg jauh itew. nanti dia stress n cepat plak paksa mak dia dtg bertandang kat umah saya ni. saya x nak terikat dan saya nak mcm ni je dulu.

saya sangat buntu

Wednesday 9 March 2011

Dunia Kita Berbeza

Rozita Izlyn

Dunia Kita Berbeza

( 1 )
Tempat mu bukan di sini
Tiada gunanya kau kembali
Perjalanan tak lagi searah
Dunia kita berbeza
Semua yang telah berlalu
Menjadi sejarah dan kau dan aku
Penyesalan dan airmata
Kini tak bermakna
Tak guna berdusta
Tak rela berpura-pura
Harapan untukmu dariku
Terkubur sudah

( korus )
Kurela kau pergi
Usah lah kembali
Disini tiada
Yang menanti
Bila kesabaran
Tiba di batasan
Tiada buat mu kemaafan

( ulang korus & 1 )
enjoy..

Saturday 5 March 2011

sewaktu kejadian itu

surat pertukaran yang amat dinanti-nantikan sudahpun selamat tiba di kaunter. Bermacam-macam perasaan yang bercampur aduk aku rasakan.
Kenapa mesti sekarang? Kenapa perasaan semacam yang tidak menyeronokkan ini aku alami.Bukankah ini yang aku tunggu-tunggu sejak dari awal aku ditempatkan di bandar ini?

Pelik bukan?Ataupun sememangnya manusia memang sebegini. Cepat berubah fikiran, cepat berubah hati. Namun yang pasti aku menjadi sangat tidak keruan.
Sepatutnya aku gembira, suka hati yang amat kerana doaku makbul. Hasratku telah tercapai.Dan pastinya salah satu impian untuk tahun 2011 ku jua akan tercapai, dengan izinNya.

3 bulan selepas aku memohon bertukar, dan apabila keputusannya positif aku merasakan segala-galanya sudah tidak seronok lagi.Saat macam-macam dalam kepala fikiran. Namun aku tetap hadapi, yelah tidak boleh tidak sudah tersurat sebegini perjalanan hidupku.

Saat aku nampak bunga-bunga dah nak berputik, saat perhubungan semakin kukuh.saat aku merasakan hidupku sudah selesa bebas ke sana sini dan bebas menentukan kehidupan. ini jua lah yang aku pahatkan dalam ingatan. Aku harus menerima segala takdir yang telah ditentukan kerana pasti ada yang lebih baik menanti di depan. Insyaallah.

kejadian tu masa end of 2010.

Kenapa saya berblog

Saya suka mengekpresikan segala macam perasaan yang mengamuk jauh di lubuk hati saya.
Yelah , kalau saya mengamuk atau bersuka ria dalam skala melampau secara real lifenya pasti saya dipandang serong/bengkok/senget/tidak lurus oleh masyarakat sekeliling.

Oleh kerana saya sangat sukakan warna oren/jingga, saya sudah menjawap soalan mengapa saya memilih nama blog saya ini.

sekian dulu untuk coretan pertama saya ini.