Monday, 14 March 2011

FB

Kebelakangan ini aku rase majoriti masyarakat dunia dah terikat dengan laman sosial portal FACEBOOK.
Ramai orang sudah ketagihan untuk menaip status waima nak gi mandi or ke toilet mahupun nak makan.
yg tgh korek idung pun ade ye yang letak.Bukan isu itu yang ingin saya ketengahkan dalam entry kali ini.
Saya lebih gemar menyentuh perihal suami-suami orang dan juga isteri-isteri orang(takkan isteri kambing plak kan)

Golongan suami2 dan isteri2 orang ni sangat gemar membalas komen rakan2 dengan menjurus kepada unsur2 seksual dan ini pada pandangan saya sangat  mengganggu ketenteraman orang2 lain yg dalam list fren mereka2 ini. Ada sahaja idea2 mereka ini untuk menarik topik berkenaan ke lembah 18SX itu.Golongan suami orang dan isteri orang ini kadang2 berlumba2 nak menunjukkan keterbukaan mereka dalam membuat gurauan bercerita perihal dalam kain mereka.

Saya amat pasti pasangan masing2 langsung tidak mengetahui perkara ini. kalau tahu alamatnya lain cerita dan mungkin kalau suami2 dayus mereka dan isteri2 cucuk hidung mereka ini juga sporting habis. untuk yang beragama islam kembalilah pada hadith dan ayat2 quran di mana setiap apa yang berlaku dalam kehidupan rumah dan tangga mereka adalah berdosa diceritakan kepada orang lain.

Saya bukanlah nak menjadi ustazah di sini. tapi saya sangat jengkel dengan keadaan sebegini,. ye mungkin isteri2 orang dan suami2 orang ini tidak mengenali satu sama lain secara berdepan dan hanyalah mutual fren di alam saiber, namun perkara2 yang tidak patut sebegini haruslah dielakkan.
kerana secara tidak langsung ia mencabar maruah anda sebagai seorang muslim.
wallahualam

No comments:

Post a Comment