Monday 5 July 2021

Executive Officer / Penolong Pegawai Tadbir N29 Part 1

Assalamualaikum w.b.t

Apa EO-EO ni?

Pernah dengar orang-orang lama duk sebut EO. Bukan Essential Oil Young Living tu yacth. Executive Officer laaa. tu dolu2 zaman tok kaduk. Macam jawatan CC bukan Credit Card ye tapi Chief Clerk , yang lepas tu dah ditukar term kepada bahasa ibunda Ketua Kerani. kalo EO ni dia jadi Penolong Pegawai Tadbir tapi ade certain jabatan panggil Pegawai Eksekutif. Sedap la sikit dengar ye dak?😁 Moh kita tinjau satu persatu pasal EO sebelum sis cerita panjang lebar lagi di part 2,3 dan sebagainya.

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Tadbir (hasil cedukan di website SPA)

Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.

Gaji Permulaan Ikut kelayakan

  1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
  2. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00)
  3. diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).

Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu tadbir (Perkeranian/ Operasi), Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu tadbir (kewangan), Pemeriksa Cap jari dan pegawai Khidmat Pelanggan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

    1. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
    2. lulus Peperiksaan Khas; dan
  1. had umur pelantikan:
    1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

No comments:

Post a Comment