Tuesday, 6 July 2021

Housemate lagi

 Minah sorang ni dah lama sis perasan.

Dari sejak dia masuk dalam rumah ni dia dah buat perangai. Bila Putrajaya PKPB, PKP tahun lepas dia dah lepaskan bunga-bunga tak puas ati kat sis.

Dia duk cakap untonglah asik BDR. Untong hotak dia. Bos dan officer kat pejabat tu asik2 Google Meet, asik2 wasap, asik2 call tanya macam, mintak macam. Tapi takde la sis nak cerita hazabnya BDR ni.

Sebab BDR ni jugaklah Sis start melanggan unifi sebab mobile tenet sis asyik abis quota. layan meeting setiap hari kat rumah ni. Beli u-book sbb laptop hang.

Ribuan ringgit dah dibelanjakan sebab nak bagi BDR ni smooth dan buat kerja ikut arahan dan dapat siap on schedule.

So arini tetibe setelah banyak bulan dia x bercakap dan join makan kat dapur. Dia buang tebiat datang breakfast roti canai time sis tengah lunch. Ye tak salah baca tu. Dia baru bangkit tidor, x mandi ke apa dan nak masuk Zohor sangat dah. So dia datang n duduk terus tanya,

"Akak keja sehari je ye seminggu? macam XX?" XX tu roommate dia.

"X la, hari2 la keje. nama pon BDR. " Dalam hati aku ko ye la BDR tapi sebenarnya Bercuti Dari Rumah bukan Bekerja Dari Rumah. Duk bangkit tengahari rembang, lps breakfast tu layan movie. kalau sebelum ni kalut nak ikut housemate lain keluar g top up groceries.

" Maksud saya gi opis la kak"

"PKPD ni kan, boss akak cakap x perlu hadir ke pejabat. Lagipun elok je kitorg meeting online dan siapkan kerja time BDR so bos cakap takde keperluan"

Muka dia terus kelat dan "ooo"

Kau dah kenapa pompuan

Monday, 5 July 2021

Executive Officer / Penolong Pegawai Tadbir N29 Part 1

Assalamualaikum w.b.t

Apa EO-EO ni?

Pernah dengar orang-orang lama duk sebut EO. Bukan Essential Oil Young Living tu yacth. Executive Officer laaa. tu dolu2 zaman tok kaduk. Macam jawatan CC bukan Credit Card ye tapi Chief Clerk , yang lepas tu dah ditukar term kepada bahasa ibunda Ketua Kerani. kalo EO ni dia jadi Penolong Pegawai Tadbir tapi ade certain jabatan panggil Pegawai Eksekutif. Sedap la sikit dengar ye dak?😁 Moh kita tinjau satu persatu pasal EO sebelum sis cerita panjang lebar lagi di part 2,3 dan sebagainya.

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Tadbir (hasil cedukan di website SPA)

Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.

Gaji Permulaan Ikut kelayakan

  1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
  2. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00)
  3. diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).

Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu tadbir (Perkeranian/ Operasi), Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu tadbir (kewangan), Pemeriksa Cap jari dan pegawai Khidmat Pelanggan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

    1. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
    2. lulus Peperiksaan Khas; dan
  1. had umur pelantikan:
    1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Monday, 21 June 2021

Syukurlah

 Terkadang kau sendiri tidak sedar akan nikmat yang Tuhan kurniakan untukmu.

Kau hanya pandai mengungkit, mencemburui nikmat yang diperoleh manusia lain.

kerna kau tidak tahu apa erti syukur

Tanda kau tidak pernah sedar akan kemenjadianmu di sini

untuk apa

sekadar memenuhi hawa nafsumu

memenuhi kehendakmu

membuatmu gembira dan bahagia di dunia?

Akhiratnya bagaimana

ceritanya belum kau tahu, namun isinya berdikit kau rangka dan karang sebagai deraf.

namun tidak sesekali kau sedari.

kerana kau terlalu melihat kemenjadian orang lain tanpa lupa dirimu siapa

Hamba yang selalu alpa dan lupa yang dirinya hamba


karya

-Miz Ezlin Fizrin

Wednesday, 19 May 2021

housemate dari neraka v2.0

Periuk2 aku dengan dapur tu n gas tu x payah nak pakai sangat. Muka tu x yah tebal sangat guna barang orang. Pegi beli sendiri.
Ko calarkan tefal aku sampai berbulu surface ko x say sorry pon. 

Dah la pemalas buang sampah.
Elok la ko kawen berambus cepat2 dari depan mata aku ni.
Aku doakan pemalas dan pengotor ko ni pecah tembelang dengan mertua ko nanti.

Kedekut taik idung masin x kire lagi.
Ya Allah sabarkan lah aku dengan ujian dan dugaanMu ini. 

Kurniakan padaku rezeki terdekat dapat masuk quarters. 

Tuesday, 30 March 2021

housemate dari neraka

Semalam kantoi la kau kan. Bawak balik anak menakan kat umah. Aritu sentap sgt lepas kene tegur. Mau x. 3 bulan hang duk bawak anak sedara tidoq kat ruang tamu. Buat mcm umah sendiri. Ni rumah sewa bujang la bukan umah famili mertua hang.