Terkadang kau sendiri tidak sedar akan nikmat yang Tuhan kurniakan untukmu.
Kau hanya pandai mengungkit, mencemburui nikmat yang diperoleh manusia lain.
kerna kau tidak tahu apa erti syukur
Tanda kau tidak pernah sedar akan kemenjadianmu di sini
untuk apa
sekadar memenuhi hawa nafsumu
memenuhi kehendakmu
membuatmu gembira dan bahagia di dunia?
Akhiratnya bagaimana
ceritanya belum kau tahu, namun isinya berdikit kau rangka dan karang sebagai deraf.
namun tidak sesekali kau sedari.
kerana kau terlalu melihat kemenjadian orang lain tanpa lupa dirimu siapa
Hamba yang selalu alpa dan lupa yang dirinya hamba
karya
-Miz Ezlin Fizrin