Wednesday, 16 October 2013

Jenis-jenis Teman Sepejabat

Kamu punya pelbagai jenis teman. teman sekuliah. teman sekerja juga teman sepermainan.

coretan ini aku ingin kongsikan mengenai teman sekerja.

Aku punyai ramai teman di tempat kerjaku. (mcm indon plak bunyiknya kan)
macam-macam hal dan macam-macam ragam yang terpaksa aku hadap setiap hari.
Manusia yang penuh dengan hasad dengki, penuh dengan perasaan pentingkan diri sendiri.
Tidak mahu bertanggungjawap dan macam-macam lagi lah.
di sini aku kongsikan jenis-jenis teman sepejabat aku.

1) Jenis pentingkan diri sendiri
Kebiasaan kunci pejabat di pegang oleh peon opis lah. tapi kalo dia cuti maka berperang mulut lah masing-masing di pejabat tu tak nak pegang kunci. masing-masing yang hanya tinggal sekangkang kera dari pejabat memang awal-awal menolak nak buka pejabat.  Alasan yang biasa di berikan 'takut bangkit tido lewat' (read: x smayang subuh kot). Atau pun alasan yang sangat biasa dengar: nak hantar anak g nursery, nak gi anta mak mertua masuk kerja dan worse is x sempat la nak masuk sebelum 7.30 pagi.
Jadiknya akak yang duk 'dekat' yg jarak ke pejabat sehala 55km ni lah yang gigih keluar rumah jam 6.30pagi semata-mata nak bukak pintu pejabat.
Bertabahlah

2) Jenis menjatuhkan rakan sendiri
Yang jenis ni paling glamor kat seluruh pejabat kat dunia ni. Yang pantang bos panggil masuk bilik laju pulak mulut dia duk bilang orang ni tak buat kerja, orang ni kutuk bos, orang ni mengular time bos tak de.
yang jenis-jenis macam ni kalo diikutkan hati akak lantun kepala ke dinding je. sebab selalunya ape yang dia reportkan dekat bos tu la yang dia buat. cuma dia blame kat orang lain je.
Busuk la orang macam ni, mulut longkang.

3)Jenis dia je perfect dalam kehidupan
Yang ni kufur nikmat punya jenis. Dia bangga dia dah ade keluarga sendiri, hari-hari keje menyindir orang bujang da juga orang yang masih belum punya zuriat. Laju sangat mulut joyah-joyah ni mengutuk orang. dia la yang paling bahagia dan perfect dalam kehidupan. gappily ever after katenya.. sket-sket tanya orang " apsal ko x kawen2 lagi ha?, " apsal ko x nak anak ek? merancang?"
yang macam ni kot kalo tak tahan aku lempang je bagi penyek muka.

4) Jenis kaya- kaya dengan 1001 alasan
Asal ade program je alasan dia macam-macam yang keluar.
~peranakan x elok lagi sebab bersalin caeser. (padahal anak dah 4 tahun ko)
~tak boleh masuk yang sukan-sukan ni sebab suami tak izinkan berlari-lari ni (ade jugak betolnya, tapi aku rase better ko resign je sebab boleh la laki ko belek ko 24jam)
~pegi kenduri sedara mara sangat penting dari join program rasmi pejabat. kenduri doa selamat besday anak sedara tu penting. lagi penting dari lawatan datuk menteri nak rasmi program ko
~ Asal nama naik tuk join program rasmi je ugut nak usung anak-anak. kalo anak ade 10. 10 lah nak diusungnya. nak bitau akak yang dia ni walo pun sibuk jaga anak, datang join program.Memang la datang, pastu ko duk kejar anak ko je sampai Menteri nak rasmi program anak ko pun menempel kat Menteri.. apekah