Wednesday, 16 October 2013

Jenis-jenis Teman Sepejabat

Kamu punya pelbagai jenis teman. teman sekuliah. teman sekerja juga teman sepermainan.

coretan ini aku ingin kongsikan mengenai teman sekerja.

Aku punyai ramai teman di tempat kerjaku. (mcm indon plak bunyiknya kan)
macam-macam hal dan macam-macam ragam yang terpaksa aku hadap setiap hari.
Manusia yang penuh dengan hasad dengki, penuh dengan perasaan pentingkan diri sendiri.
Tidak mahu bertanggungjawap dan macam-macam lagi lah.
di sini aku kongsikan jenis-jenis teman sepejabat aku.

1) Jenis pentingkan diri sendiri
Kebiasaan kunci pejabat di pegang oleh peon opis lah. tapi kalo dia cuti maka berperang mulut lah masing-masing di pejabat tu tak nak pegang kunci. masing-masing yang hanya tinggal sekangkang kera dari pejabat memang awal-awal menolak nak buka pejabat.  Alasan yang biasa di berikan 'takut bangkit tido lewat' (read: x smayang subuh kot). Atau pun alasan yang sangat biasa dengar: nak hantar anak g nursery, nak gi anta mak mertua masuk kerja dan worse is x sempat la nak masuk sebelum 7.30 pagi.
Jadiknya akak yang duk 'dekat' yg jarak ke pejabat sehala 55km ni lah yang gigih keluar rumah jam 6.30pagi semata-mata nak bukak pintu pejabat.
Bertabahlah

2) Jenis menjatuhkan rakan sendiri
Yang jenis ni paling glamor kat seluruh pejabat kat dunia ni. Yang pantang bos panggil masuk bilik laju pulak mulut dia duk bilang orang ni tak buat kerja, orang ni kutuk bos, orang ni mengular time bos tak de.
yang jenis-jenis macam ni kalo diikutkan hati akak lantun kepala ke dinding je. sebab selalunya ape yang dia reportkan dekat bos tu la yang dia buat. cuma dia blame kat orang lain je.
Busuk la orang macam ni, mulut longkang.

3)Jenis dia je perfect dalam kehidupan
Yang ni kufur nikmat punya jenis. Dia bangga dia dah ade keluarga sendiri, hari-hari keje menyindir orang bujang da juga orang yang masih belum punya zuriat. Laju sangat mulut joyah-joyah ni mengutuk orang. dia la yang paling bahagia dan perfect dalam kehidupan. gappily ever after katenya.. sket-sket tanya orang " apsal ko x kawen2 lagi ha?, " apsal ko x nak anak ek? merancang?"
yang macam ni kot kalo tak tahan aku lempang je bagi penyek muka.

4) Jenis kaya- kaya dengan 1001 alasan
Asal ade program je alasan dia macam-macam yang keluar.
~peranakan x elok lagi sebab bersalin caeser. (padahal anak dah 4 tahun ko)
~tak boleh masuk yang sukan-sukan ni sebab suami tak izinkan berlari-lari ni (ade jugak betolnya, tapi aku rase better ko resign je sebab boleh la laki ko belek ko 24jam)
~pegi kenduri sedara mara sangat penting dari join program rasmi pejabat. kenduri doa selamat besday anak sedara tu penting. lagi penting dari lawatan datuk menteri nak rasmi program ko
~ Asal nama naik tuk join program rasmi je ugut nak usung anak-anak. kalo anak ade 10. 10 lah nak diusungnya. nak bitau akak yang dia ni walo pun sibuk jaga anak, datang join program.Memang la datang, pastu ko duk kejar anak ko je sampai Menteri nak rasmi program anak ko pun menempel kat Menteri.. apekah

Saturday, 24 August 2013

Selagi bernama manusia

Selagi itulah kita punya hati dan perasaan
Punya emosi yang kadang ada naik dan turunnya


Friday, 16 August 2013

Buat kamu yang masih dalam dunia angan-angan

Jikalau mahu dicoretkan cerita pertemuan kita panjang berjela-jela.
Jikalau mahu aku lempiaskan amarahku maka berkajanglah kertas penuh makian dan cerca untukmu

tapi aku masih di sini sabar..........................................................

Tuesday, 13 August 2013

Dia bukan Jodohku

Aku tetap menunggu, selagi Tuhan panjangkan umurku.

Day 2
Bengkak di kepala sakitnya telah menular ke tengkuk
It's a cyst.
tu observation mereka yang bukan pakar.
Cyst akibat tersumbatnya liang2 peluh.

entahlah. aku pasrah dan redha je kalau sampai masa ajalku tiba.

Saturday, 23 March 2013

kekusutan

terlalu berat dugaan dan cubaan aku tempuhi sepanjang aku melangkah ke alam pekerjaan.

bermula dengan opismate aka housemate aku bawak bf masuk umah tido sebilik n sekatil. dengan maknya tak pernah menghalang. (moden sangat kah manusia beragama islam di Malaysia sekarang ni?)

kembali ke tanah kelahiran aku di duga lagi. kawan baikku isteri orang terang2 an curang dengan suami orang. saat suami bertugas luar daerah. rancak dia berpeleseran dengan suami org. tidak cukup berdating berdua di dalam gelap di waktu malam. berpegang2 tangan dan disaksikan oleh ramai org.


pusing kepala bile nasihat tidak di hiraukan